Sunday, April 12, 2009

Pakai Coli / Bra Yang Sesuai



Lebih daripada 80 peratus wanita di negara-negara 
Asia memakai coli yang tidak mengikut saiz buah dada. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap penjagaan buah dada. Adalah satu kelazima
n, wanita memakai coli yang mempunyai mangkuk yang terlalu kecil atau terlalu longgar di bahagian tubuh.

Mempunyai buah dada yang cantik merupakan aset wanita. Namun semakin usia meningkat, kelahiran anak, perubahan bentuk tubuh, dan pengabaian penjagaan buah dada, maka menyebabkan buah dada jatuh atau menggelebeh.

Cara mudah untuk mengatasinya ialah memakai coli yang betul mengikut saiz buah dada kerana ia memberi sokongan luar di samping membantu kedudukan tubuh berada dalam keadaan optimum serta mewujudkan penampilan yang sihat, muda dan langsing.

Walaupun secara fizikalnya, buah dada mendapat sokongan anatomi daripada ligamen Cooper yang berfungsi menyambung tisu-tisu yang terdapat di dalam buah dada. Namun, sokongan itu tidak mencukupi untuk menampung buah dada terutamanya di kalangan wanita berusia, telah melahirkan anak atau sememangnya mempunyai buah dada besar.

Ekoran daripada kurangnya pendedahan mengenai coli dan saiz buah dada, maka pengeluar pakaian dalam wanita, Neubodi terpanggil mengadakan sesi rundingan pemakaian coli bagi setiap pelanggan yang ingin membeli produk mereka.

Pemiliknya, Anne Tan berkata, melalui analisis dan diagnosis yang dilakukan ke atas pelanggan, perunding Neubodi akan mencadangkan kepada mereka rekaan dan saiz coli yang sesuai bagi membaiki kedudukan tubuh dan memberi keselesaan.

Menurutnya, coli jenama Neubodi agak berbeza dari segi bentuk, mangkuk dan rekaan. Kebanyakannya dari jenis mangkuk penuh yang memberi sokongan di bahagian dalam mangkuk serta tulang di tepi bagi memperkemaskan pemakaiannya.

Selain itu, coli Neubodi memberi bentuk buah dada yang cantik dan kesan yang berpanjangan. Rekaan paten dan potongan yang unik membaiki bentuk dan kedudukan badan serta sokongan fleksibel pada buah dada.

"Di Neubodi, kami menawarkan coli-coli bersaiz besar yang sukar diperoleh di negara ini. Saiz mangkuk dari kategori A hingga I ditawarkan pada harga berpatutan.

"Materialnya daripada kain spandeks yang berelastik tinggi dan memberi sokongan yang kuat pada buah dada serta penggunaan kain renda yang bermutu tinggi dari Korea, Taiwan dan Perancis,'' katanya ketika ditemui di premis Neubodi di Petaling Jaya baru-baru ini.


Menurut Anne, setiap pelanggan yang membeli coli di Neubodi akan diajar bagaimana memakai coli yang betul. Terdapat langkah-langkah yang harus diikuti supaya lemak-lemak yang terdapat pada bahagian dada dapat disembunyikan dan sekali gus menampakkan bentuk buah dada yang cantik dan terletak.

"Selepas memakai coli, bongkokkan badan sedikit, tolak ketulan lemak yang ada di tulang selangka dan bahagian atas perut masuk ke mangkuk coli supaya lemak itu boleh berkumpul di bahagian hadapan.

"Bahagian belakang dan perut akan nampak lurus dan kelihatan kedudukan tubuh akan tegak tanpa ada ketulan lemak,'' jelasnya yang turut mengadakan perkhidmatan menjahit dan membaiki coli.

Selain coli, Neubodi turut memperkenalkan pakaian dalam mini vest bagi golongan yang mempunyai badan yang bongkok. Dengan pemakaian pakaian ini boleh membantu menegakkan tulang belakang.

"Bagi mini vest berlengan pula sesuai bagi menghalang lemak berkumpul di bahagian lengan. Ia boleh diperoleh dalam saiz S hingga XXL.

"Untuk individu yang sering mengalami sakit di bahagian belakang dan bongkok, dicadangkan untuk menggunakan vest panjang. Tetulang lembut pada bahagian pinggang vest menyokong dan memberi kedudukan tubuh yang tegak serta lurus,'' ujarnya.

Di samping itu, katanya, body suit iaitu pakaian dalam bersekali seluar dan bengkung pula menaikkan bahagian punggung yang telah jatuh, merampingkan pinggang dan mengempiskan bahagian perut.

"Ia tidak panas kerana materialnya lembut, ringan, membenarkan pengaliran udara serta memberi sokongan yang kuat kepada pembentukan tubuh yang langsing.

"Pelanggan yang memakai produk Neubodi akan menyaksikan satu tranformasi yang segera ke atas tubuh mereka iaitu buah dada disokong penuh, garis tubuh tegak dan cantik dan jisim tubuh ditolak ke hadapan.

"Bahagian belakang akan lurus, perut kempis, pinggang ramping, bahu dan belakang lurus, kurang sakit di bahagian belakang, menaikkan tulang punggung dan peha kecil,'' katanya yang mengalu-alukan pelanggan berkunjung ke outlet Neubodi di Dataran Sunway atau Tropicana City Mall (012-6954485).

Neubodi turut menyediakan rundingan selepas jualan. Selepas pelanggan membeli, perunding akan mengingatkan supaya datang dua atau tiga minggu untuk pemeriksaan pertama. Ini bagi menyelaraskan kembali tali dan jaluran bawah selepas suatu jangka waktu pemakaian.

Sekiranya semuanya dalam kedudukan yang betul, pemeriksaan kedua akan dilakukan dalam masa sebulan atau dua bulan bagi memeriksa dan menilai keberkesanan coli dan perubahan pada bentuk tubuh pelanggan.

Pelanggan juga dicadangkan untuk datang ke pemeriksaan ketiga pada dua hingga tiga bulan kemudian bagi penilaian dan jika terdapat keperluan untuk menukar coli atau saiz mangkuk.


No comments:

Post a Comment